Monday, January 12, 2009

TEKNIK MEMANCING SIAKAP

Ikan siakap adalah sejenis ikan air masin/payau yang mempunyai habitat di kuala sungai.Ikan siakap berenang di pertengahan sungai, iaitu diantara dasar dan permukaan untuk mencari mangsanya. Ikan siakap memburu ikan dan udang kecil dengan menyambar. Ikan ini biasanya seberat lebih dari 1kg dan keluar memburu semasa air sedang pasang dimana tahap kepayauan air adalah ideal untuknya.Umpan dan perambutIkan siakap menggemari umpan hidup kerana sifat semulajadinya yang suka menyambar, jadi para pemancing memerlukan umpan hidup seperti udang, ikan kecil seperti belanak yang mudah didapati di kuala sungai. Perkara utama yang perlu ditekankan, pastikan tali utama berada di dalam lingkungan 10-20 paun dan perambut kasar dalam 30 paun keatas jika tidak mahu berputih mata melihat siakap memutuskan tali.Cara memancing ikan ini adalah dengan menggunakan pelampung dimana tahap kedalaman air memainkan peranan penting di dalam menentukan panjang talidiantara umpan dan pelampung, ini adalah kerana untuk menyeimbangkan umpan supaya tidak terlalu dekat atau terlalu dalam. Jika tidak, mungkin umpan tidak disentuh kerana mungkin ikan siakap yang berada diantara permukaan dasar tidak dapat melihat umpan tersebut. Teknik lain untuk menangkap siakap adalah seperti casting, berkesan untuk menipu siakap dan membolehkan pemancing mendapatkan habuan siakap. Saya akan update artikel ini dan gambarnya dari masa ke semasa mengenai teknik-teknik dan jenis2 gewang yang sesuai untuk memancing siakap untuk paparan saudara semua.

No comments:

Post a Comment