Thursday, January 15, 2009
Tuesday, January 13, 2009
KEKALKAN IKAN SEGAR
BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan. Pertama, menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas. Cara kedua dan paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai. Cara ketiga banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk. Cara keempat ialah dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja. (Sumber rujukan: Majalah Wawasan Pertanian).
Awan Sejenkal Ribut Akan Tiba
SEBAGAI kaki pancing yang sering berada di laut, anda berdepan risiko dilanda ribut. Ia yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing terutama yang menaiki bot kecil. Oleh itu, sebagai kaki pancing, anda wajar mengetahui jangka masa ribut akan tiba di lokasi anda. Ini penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada berlindung di pulau atau kembali ke pantai. Menurut, Adnan Osman yang berasal dari Langkawi, Kedah, jika anda nampak awan hitam separas dengan laut ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di tempat anda. Dalam keadaan ini, biasanya anda masih mempunyai masa kembali ke pantai. Tetapi jika awan hitam berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir. Oleh itu, segera berhenti memancing kerana ribut akan tiba dalam masa tidak sampai satu jam. Anda perlu segera mencari tempat berlindung. Pastikan anda memakai jaket keselamatan. Oleh itu, jika anda menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah anda patut berwaspada apabila berdepan dengan keadaan ini. Justeru anda dinasihat supaya kerap memerhatikan awan berdasarkan tips di atas. Jangan kerana leka memancing, anda lupa soal keselamatan diri sendiri.
Petua Mabuk Laut
Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
Monday, January 12, 2009
Teknik Mancing Jigging
Petua Memilih Joran
Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidmatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan 'casting', joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.
Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.Bentuk cincin joran -
Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :Cincin joran berkaki tigaCincin joran berkaki empatCincin Joran berkaki tunggalDidapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.Pemegang joran - pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan span. Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan.
Punca Mata Kail Terlucut
Melakukan sentapan balas selepas ikan membuat larian adalah praktikal. Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan digomol ikan seketika, kemudian apabila tangsi menegang menandakan umpan mungkin mula ditelan ikan. Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada:
a) Saiz yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut siakap. Saiz di cadangkan adalah 3/0 atau 4/0.b) Mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram.c) Mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.
TEKNIK MENYUSUN UMPAN
TEKNIK MEMANCING SIAKAP
Ikan siakap adalah sejenis ikan air masin/payau yang mempunyai habitat di kuala sungai.Ikan siakap berenang di pertengahan sungai, iaitu diantara dasar dan permukaan untuk mencari mangsanya. Ikan siakap memburu ikan dan udang kecil dengan menyambar. Ikan ini biasanya seberat lebih dari 1kg dan keluar memburu semasa air sedang pasang dimana tahap kepayauan air adalah ideal untuknya.Umpan dan perambutIkan siakap menggemari umpan hidup kerana sifat semulajadinya yang suka menyambar, jadi para pemancing memerlukan umpan hidup seperti udang, ikan kecil seperti belanak yang mudah didapati di kuala sungai. Perkara utama yang perlu ditekankan, pastikan tali utama berada di dalam lingkungan 10-20 paun dan perambut kasar dalam 30 paun keatas jika tidak mahu berputih mata melihat siakap memutuskan tali.Cara memancing ikan ini adalah dengan menggunakan pelampung dimana tahap kedalaman air memainkan peranan penting di dalam menentukan panjang talidiantara umpan dan pelampung, ini adalah kerana untuk menyeimbangkan umpan supaya tidak terlalu dekat atau terlalu dalam. Jika tidak, mungkin umpan tidak disentuh kerana mungkin ikan siakap yang berada diantara permukaan dasar tidak dapat melihat umpan tersebut. Teknik lain untuk menangkap siakap adalah seperti casting, berkesan untuk menipu siakap dan membolehkan pemancing mendapatkan habuan siakap. Saya akan update artikel ini dan gambarnya dari masa ke semasa mengenai teknik-teknik dan jenis2 gewang yang sesuai untuk memancing siakap untuk paparan saudara semua.